KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pembukaan
hari ini, didorong permintaan berterusan terhadap ringgit, kata
peniaga.
Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar daripada 4.2810/2900 pada penutupan semalam.
Seorang peniaga berkata, ringgit terus mengukuh kerana peniaga ambil
keputusan berhati-hati terhadap dolar AS sementara menunggu data
terbaharu ekonomi daripada ekonomi terbesar dunia itu.
Ringgit juga tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0587 daripada
penutupan semalam 3.0629/0698 dan mengukuh berbanding yen kepada
3.5157/5213 daripada 3.5442/5531 semalam.
Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 6.5688/5777
daripada 6.5996/6148 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6671/6743
daripada 4.7061/7164.
No comments:
Post a Comment