MALAYSIAKINI
Lebih ramai ahli politik Sarawak mungkin dipanggil untuk siasatan atau
akaun mereka dibekukan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Jurucakap SPRM mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa selain seorang ADUN yang akaunnya telah dibekukan, mungkin ada ahli politik lain yang terbabit.
Beliau enggan mengesahkan sama ada ahli-ahli politik Sarawak itu juga merupakan ADUN.
"Bagaimanapun, ada kemungkinan beberapa akaun yang dibekukan, mungkin
lebih daripada seorang ahli politik, iaitu selain ADUN yang diumumkan
sebelum ini," tambahnya.
Malaysiakini difahamkan dari sumber-sumber lain bahawa beberapa
ADUN sedang disiasat oleh SPRM di bawah 'Operasi Gergaji; di negeri itu
terhadap rasuah dan pembalakan haram yang melibatkan 405 akaun bank.
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak mendedahkan nama mereka, menunggu sama ada mereka yang dalam senarai itu akan didakwa.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah Rabu lalu
mendedahkan ia telah membekukan akaun bank seorang pembantu menteri yang
mempunyai simpanan RM4 juta.
Walaupun SPRM tidak menamakan penolong menteri, ia dikatakan bahawa
individu berkenaan terlibat dalam pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul
Makmur II yang bernilai RM250 juta di Kuching.
Balak RM1 juta dirampas
"Tiga puluh akaun syarikat dan individu, termasuk seorang ADUN, telah
dibekukan. Semua akaun mempunyai simpanan berjumlah RM600 juta," katanya
dalam satu kenyataan Rabu lalu.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta
SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
SPRM berkata sehingga semalam ia telah merampas 1,570 balak bernilai RM1 juta.
Dalam kenyataan itu, SPRM berkata, ia telah memanggil 14 orang, termasuk
pengarah dan pengurus syarikat, ekoran serbuan di kilang papan dan
kolam balak.
Kenyataan mereka telah diambil untuk membantu siasatan terhadap rasuah, pembalakan dan penebangan haram serta pengelakan cukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan