Selasa, 26 Mei 2015

Units adalah matawang terbaru dan video Muhyidin Yassin.

sakmongkol.blogspot

Matawang yang terbaru dalam dunia dijumpai di Malaysia. ia dinamakan units. Satu syarikat Malaysia yang tersohor, yang dikenali sebagai 1MDB telah membawa balik 2.318 billion units dan menyimpan nya disebuah bank Singapura bernama BSI.

Syarikat Malaysia ini telah menggunakan units untuk bayar hutang dan menggunakan nya sebagai sekuriti meminjam RM3.6billion dari consortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank Singapura. 

Dari 2.318billion units ini, 1.215billion units telah digunakan untuk membayar faedah pinjaman dan juga membayar satu pihak yang dihutangi oleh 1MDB. Nama pihak itu ialah Aabar. 

Baki nya, sebanyak 1.103billion units masih ada dalam bank BSI. Menurut Husni Hanazliah, kerajaan akan cuba membawa pulang 1.103 billion units ini dengan kadar segara.

Apa yang hendak dibawa balik?

Soalan saya ialah Dato Husni Hanazliah ini tidur atau minum air ketum? saya tidak faham satu perkara.

Macam mana mahu bawa balik sesuatu yang kita tidak hak milik keatas nya? Bukankah 1.103 billion units ini telah digunakan sebagai sekuriti untuk pinjaman sebanyak RM3.6 billion dari Deutsche Bank? Tentulah deutsche bank ada lien keatas 1.103billion units ini bukan?

Mengikut Husni 2.318billion units ini bernilai USD2.318 billion juga kerana ia disokong nilai nya oleh beberapa dana daulah atau sovereign funds. Ini satu matawang baru mungkin digunakan oleh  organisasi penyamun sedunia.

Isiu apa benda yang sebetulnya disimpan dalam akaun BSI Singapura menjadi lebih mengelirukan hari demi hari. Orang putih kata it’s getting more bizarre by the day. Seperti yang dikata dalam Alice in Wonderland- it’s getting curiouser and curiouser ….

Kali ini, Husni Hanazliah menyebabkan kita tambah keliru dan pusing kepala. Memang kerja pemimpin kerajaan memutar belit kah? Tolong beritahu rakyat Malaysia supaya kita semua jangan keliru- apa benda nya units itu. Tolonglah beritahu.

Bila di tanya pemberita apa units itu dia jawab units, just units. “They are units, backed by sovereign wealth funds. Benda apa pulak ni? Can’t the government be upfront and direct?

But I don’t know what are units. Please explain. Juga sila beritau- sovereign wealth funds mana pulak?  Adakah Husni mahu gali lubang lain pulak dan menyebabkan banyak persoalan lagi.

Husni Hanazliah kata Putrajaya salah tafsir units yang di-redeem atau ditebus oleh 1MDB dari Cayman Islands. Siapa salah tafsir?

Adakah maksud Husni - pegawai di kementerian kewangan tidak tahu membezakan antara wang tunai dengan benda yang disebut sebagai units. Malu nya pegawai di kementerian.dari KSP, TKSP, dan pegawai2 lain.

Rupa2 nya bukan wang tunai. Tapi units. Saya sendiri pun tak faham apa dia units. Dan Husni tidak menerangkan apa dianya units itu. Kalau kita belajar ekonomi dan saya diberitahu Husni pun belajar ekonomi- unit of account itu ialah duit.

Jadi apa dia units yang disebut Husni? Kertas siberhutang? sijil saham?, bon perbendaharaan? Token?  Inikah yang dibayar oleh yang berhutang kepada 1MDB?  Some form of debt papers denominated in US currency?

Membuat orang bertanya- mengapalah pandir sangat 1MDB menerima bayaran selain dari wang tunai? Bukankah PM Najib selalu kata cash is king? Apa jenis pengurusan dan lembaga pengarah yang menerima bayaran orang yang berhutang pada mereka dalam bentuk units dan bukan tunai?

Cerdik atau tidak? Sedangkan bukan main lagi cakap besar nya pengurusan 1MDB kata pengurusan mereka terdiri dari individu yang cerdik pandai. Dan lembaga pengarah 1MDB- bukan kah mereka pandai2 belaka?

Kenapa syarikat 1MDB menerima bayaran hutang mereka dalam bentuk units yang bukan tunai?

Siapa pula yang mengelirukan Putrajaya?

Jadi yang mengelirukan Putrajaya ialah pengurusan dan lembaga pengarah yang tidak menerangkan kepada Putrajaya, terutama kepada pegawai di Perbendaharaan- benda yang di tebus dan dibawa pulang ke Singapura itu bukan wang  tunai USD. They are units, just units.

Dan bayaran dari tranche pertama yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar Aabar dan faedah pinjaman – adakah juga dalam bentuk units? Saya harap Husni Hanazlah boleh menerangkan kepada semua.

Jika tidak, mana boleh tranche pertama dalam bentuk wang tunai USD tapi tranche kedua dalam bentuk units? Apa kena dengan kepala 1MDB?

PAC patut menyiasat apakah benda yang dimanakan ‘units’ oleh Husni Hanazliah yang digunakan untuk bayar faedah hutang dan membayar Aabar. Panggil Aabar dan pemberi hutang yang menerima bayaran dalam bentuk units keatas faedah pinjaman yang mereka berikan 1MDB.

Ini mesti kes pertama dalam dunia, peminjam menerima bayaran dalam bentuk units- apa lah agak nya yang disandarkan kepada USD. Mungkin units ini ukiran binatang yang diperbuat dari jade yang setiap satu dinilaikan dalam USD.

Tranche kedua, sebanyak US1.03billion, juga dalam bentuk units disimpan dalam BSI Singapore. Saya hanya tidak faham- jawapan yang diberi menyebut perihal dana atau funds. Bolehka dana atau funds itu ujud dalam bentuk selain dari wang tunai? Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mengapa disebut dana dalam mata wang USA?

Jawapan dalam parlimen sahih menyebut matawang USA.

Kemudian, mustahil dana ini dalam bentuk selain dari wang tunai USD kerana  jawapan yang diberi menyebut memudahkan pengeluaran wang- bukan pengeluaran units.

Kalau bukan hard cash, mengapa pula Bank Negara mahu mengawal pemindahan units yang bukan hard cash?

Bank Negara mustahil mengawasi pemindahan dan pengeluaran units dari bank. Ianya suatu yang baru kepada mereka. Yang mereka jaga ialah pemindahan dan pengeluaran wang tunai. Bahkan mereka peduli apa jika yang dipindahkan itu shares certificates, batu karang, patung jade atau apa pun. Kalau bukan hard cash, mereka tidak mengenakan syarat pengeluaran setiap transaksi wang…melebihi RM50 juta.  Kalau yang disimpan itu units, maka tidak perlulah bank negara mengenakan apa2 syarat.

Jaganlah  Huni Hanazliah menambah lagi  penipuan dan pembohngan kepada rakyat.

Jka Putrajaya tidak dapat membezakan wang tunai dari units , bolehkah mereka ini memerintah negara?

Video Muhyidin Yassin.

Seperti ramai orang lain, saya juga tonton aksi Muhyidin dalam program latihan Biro Politik UMNO. Muhyidin ingat perkara 1MDB dan simpanan BSI ini perkara yang melucukan?

Perkara ini suatu yang serious yang disebabkan oleh kerajaan yang akan terkesan bukan sahaja kita tapi jenerasi yang akan datang.

Orang UMNO dalam program itu bertepuk pada ketika2 terplih dan mereka ketawa beramai ramai keatas ungkapan Muhyidin yang melucukan- dan ketawa diatas cubaan tunjuk smart dengan ejekan2 keatas diri sendiri.

Muhyidin berlagak macam budak2 yang suka kelahi dengan berkata buang lah! seolah olah nya dengan sacking them akan membuktikan kepada rakyat bahawa yang melakukan musiabh 1MDB ini hanya lembaga pengarah dan CEO. Sedangkan PM Najib membersihkan lembaga pengarah dan CEO. Membuang mereka tidak membersihkan lumpur yang terpalit ke atas seluruh cabinet. 

Tiada ulasan: