Khamis, 28 Mei 2015

Mahkamah arah Gani fail pembelaan dalam 14 hari

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan pembelaan terhadap saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof.

Arahan itu dibuat selepas Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak untuk membenarkan prosiding diteruskan yang dibuat oleh Gani dan lain-lain defenden melibatkan saman bernilai jutaan ringgit.

Ramli dan Rosli memfailkan saman secara berasingan bagi pendakwaan berniat jahat terhadap Gani dan beberapa lagi dalam kes yang dikenali sebagai skandal 'Copgate'.

Hakim Vazeer pada tahun lalu menolak permohonan Gani untuk membatalkan kedua-dua saman itu.

Mahkamah Rayuan juga pada Januari tahun ini menolak rayuan Gani utnuk membatalkan saman bernilai RM47 juta yang difailkan oleh Rosli dan saman RM148.5 juta yang difailkan oleh Ramli.


Tiada ulasan: