Jumaat, 29 Mei 2015

BN masih gagal namakan Ketua Pembangkang DNS

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) masih gagal menamakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) walaupun sudah lebih lima bulan perletakan jawatan berlaku membabitkan mantannya, Datuk Shamsuddin Lias.

Speaker DNS, Hannah Yeoh memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada BN Selangor berhubung isu terbabit.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa daripada BN. Mereka sehingga kini masih belum menamakan Ketua Pembangkang DNS,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pada 8 Disember lalu, Shamsuddin yang juga Adun Sungai Burong mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DNS selepas beberapa kali menolak jawatan
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri.

Shamsuddin membuat keputusan itu sebagai menghormati undang-undang negeri yang mewajibkan ketua pembangkang memegang jawatan pengerusi PAC.

Hannah berkata, kegagalan BN itu menyebabkan DNS sekali lagi akan bersidang tanpa ketua pembangkang yang dijangka Ogos ini.-NFN-

Tiada ulasan: