Jumaat, 29 Mei 2015

Indeks Keamanan merudum, Zahid kelirukan rakyat

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Indeks Keamanan Sedunia (GPI) merudum disebabkan beberapa faktor seperti Perhimpunan Kita Lawan adalah berniat untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak tepat kerana contoh demonstrasi yang disebut hanya aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas.

“Jawapan bertulis itu, yang menyalahkan kempen demonstrasi jalanan di dalam hal ini, hanya berniat untuk mengelirukan. Kebanyakan aktiviti tunjuk perasaan yang dijalankan adalah aman dan tidak termasuk kategori demonstrasi ganas,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
NIK NAZMI NIK AHMAD_COURT OF APPEAL
Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini menyatakan bahawa kedudukan Malaysia di dalam GPI 2014 telah merudum.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak tepat kerana contoh demonstrasi yang disebut hanya aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas.

Sebaliknya, menurut Nik, laporan GPI menyatakan secara spesifik bahawa terdapat peningkatan dari segi aktiviti pengganas dan ketidakstabilan politik di negara ini.

“Sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah bertarung dengan kumpulan pengganas, contohnya, gerakan “Islamic State” dan juga saki baki daripada kejadian Lahad Datu.

“Oleh itu, ini mungkin lebih tepat untuk menjadi pengukur kepada keadaan kedamaian negara ini,” katanya yang juga Adun Seri Setia.

Selain itu, katanya, satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah jenayah ganas, yang mana statistik polis pada tahun 2013, menunjukkan peningkatan.

“Bacaan sepintas lalu laporan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas bahawa di antara tiga petunjuk am yang digunakan iaitu “Konflik Dalaman dan Antarabangsa yang Berterusan”, “Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat” dan “Ketenteraan” Malaysia mendapat markah yang teruk di dalam dua kategori yang akhir.

“Laporan itu juga menyatakan bahawa “Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat” yang merupakan indeks yang paling merosot, adalah berkait rapat dengan tadbir urus kerajaan, persekitaran perniagaan dan korupsi; semua ini merupakan sebahagian daripada lapan Tunggak Kedamaian,” katanya.

Justeru beliau menyarankakan kerajaan menumpukan usaha memperbaiki lapan Tunggak Kedamaian dan bukan sewenang-wenangnya menyalahkan rakyat yang hanya melunaskan hak asasi mereka.

Tiada ulasan: