MALAYSIAKINI
Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol akan naik 10 sen seliter.
Kedua-dua RON95 dan diesel akan berharga RM2.05 liter manakala RON97 akan berharga RM2.35 per liter.
Semua harga termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang mana berkenaan.
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan
Malek, lapor Bernama.
Harga minyak sebelum ini
tidak berubah selama tiga bulan berturut-turut dengan petrol RON95
berharga RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada
RM1.95 seliter.
Sementara itu, dalam reaksi segeranya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk
Ahmad Maslan berkata beliau berharap harga barang tidak naik ekoran
kenaikan bahan bakar itu.
"Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak
dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula
dinaikkan!" kata beliau dalam Twitternya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan