Rabu, 27 Mei 2015

Rizalman dituduh tak berseluar serang Tania


MALAYSIAKINI
Bekas atase Malaysia ke New Zealand Muhammad Rizalman Ismail turut dituduh membuat serangan sumbang dengan menyentuh Tania Billingsley dalam keadaan tidak berseluar.

Dalam pertuduhan alternatif ditawarkan terhadap Rizalman di Mahkamah Tinggi Wellington, dia didakwa bertindak demikian di dalam bilik tidur Billingsley.

Rizalman (kanan), 39, berdepan dua pertuduhan utama.

Menurut butiran lanjut diperoleh Malaysiakini, bekas diplomat itu boleh dijatuhi hukuman maksimum tujuh tahun penjara.

Rizalman juga dituduh menceroboh rumah Billingsley dan menyerangnya dengan niat mengadakan pencabulan seksual.

Untuk dua pertuduhan utama itu, dia berdepan hukuman maksimum 10 tahun penjara untuk tiap kesalahan.

Perintah kediaman terhad

Rizalman pada 21 Novemver lalu dilapor mengaku tidak bersalahatas tuduhan serangan seksual dan pecah rumah dan minta dibicarakan.

Dia diekstradisi ke New Zealand untuk menghadapi tuduhan selepas kemelut diplomatik yang menyebabkan dia meninggalkan negara itu pada 22 Mei dengan kekebalan diplomatik.

Menurut laporan media, dia ketika itu telah menyerahkan pasport dan diletakkan bawah perintah berkurung bermula 7 malam hingga 7 pagi serta dilarang menghubungi pengadu.

Dia juga dihalang memasuki satu lorong di kota tersebut dan dua lagi kawasan di Wellington.

Rizalman didakwa menyerang Billingsley (atas) di kediaman wanita itu pada 9 Mei tahun lalu di ibu negara New Zealand.

Tiada ulasan: