KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar
Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan
kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri
ini.
Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya.
“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.
“Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.
Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.
Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.
Jika pihaknya tidak bersedia lagi, kemungkinan juga pembentangan di parlimen akan turut terkesan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan ahli Pas tiada hak untuk menghalang beliau daripada terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mempersoalkan adakah pihak DAP juga bersedia jika Pas membuat serangan balas di atas apa sahaja serangan yang dilemparkan pada parti itu sedangkan ia hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja.
“Kalau macam itu, kita pun boleh mengkritik dia (DAP) jugalah, adakah dia (Lim Guan Eng) nak kita kritik dia balik, sepatutnya kena ada hormat.
“Pertamanya sebab kita sama-sama dalam PR. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai, ‘strong words’ yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku. Kita pun pandai juga,” tegasnya.
Mohd Amar turut memberitahu, Pas terkilan dengan serangan yang dilakukan tersebut dan berharap rakan komponen PR itu lebih berhemah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan cuba mengawal keadaan, bukannya bertalu-talu menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya menjelang muktamar minggu depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan