Jumaat, 29 Mei 2015

Mahkamah dapati polis, kerajaan salah tembak, diarah bayar RM30,000

OLEH MELATI A. JALIL


 Operator kontena, Shahril Azlan Ahmad Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bersama isteri dan anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.Operator kontena, Shahril Azlan Ahmad Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bersama isteri dan anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.


























Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan Putrajaya dan polis bertanggungjawab atas kejadian tembakan seorang operator kontena, 6 tahun lalu dan mengarahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusannya berkata tidak munasabah defendan kelima, Konstabel Mohd Bukhari Mat Noh menembak Shahril Azlan Ahmad Kamil kerana defendan tidak berdepan situasi mengancam nyawa.

"Tidak munasabah defendan kelima menembak bagi mempertahankan diri kerana dia tidak berdepan situasi yang mengancam nyawa.


"Plaintif berjaya membuktikan beliau diserang," katanya ketika membacakan keputusan hari ini. Hanipah turut membenarkan Shahril menuntut ganti rugi am kerana diserang, dengan jumlah yang akan dinilai kemudian.

Dalam saman yang difailkan pada 2009, Shahril menamakan ketua polis Shah Alam, ketua polis negara, kerajaan Malaysia, Konstabel Nazli Basri dan penembak, Konstabel Mohd Bukhari Mat Noh sebagai defendan

Tiada ulasan: