Jumaat, 29 Mei 2015

PERKASA tolak RMK11 yang 'kurang Melayu'

MALAYSIAKINI


 


NGO pendesak Melayu PERKASA menolak Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, kerana didakwa tiada strategi dan rancangan ekonomi khusus untuk Melayu dan Bumiputera.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata selepas Biro Ekonomi NGO itu membedah RMK11 minggu lalu, mereka mendapati bahawa dokumen itu amat kurang memberi penekanan kepada strategi ekonomi bagi kumpulan yang membentuk majoriti penduduk.

Beliau berkata hanya lima peratus daripada keseluruhan dokumen - terdiri daripada 389 muka surat dokumen teras dan 601 halaman dari 21 jilid bagi halaman strategik - menyebut Melayu/strategi ekonomi bumiptera.

"Tanpa menyebut Melayu/Bumiputera dalam bab (dalam RMK11), negara akan mudah hilang fokus terutamanya agenda khusus (untuk Melayu) termasuk affirmative action.

"Contohnya, sekarang ini, betul kerajaan sediakan dana Tekun diberi kepada semua kaum, Amanah Ikhtiar diberikan kepada semua kaum. Kita setuju.

"Tapi dari segi (pembahagian) kek ekonomi negara, bumiputera masih jauh ketinggalan," kata Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.


Tiada ulasan: