Jumaat, 29 Mei 2015

Pelarian Rohingya dikesan bawa kusta


Semua tiga pelarian Rohingya yang sakit kusta telah diasingkan.


hilmi,rohingya


KUALA KRAI: Tiga pelarian Rohingya telah dikesan mengalami sakit kusta selepas satu siri ujian saringan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, semua mereka kemudian diasingkan.

Jelasnya berdasarkan saringan yang dilakukan, kebanyakan mereka disahkan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus.

“Tiada kes kesihatan serius yang lain yang dikesan melibatkan 1,158 pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh yang mendarat di Langkawi, Kedah, 11 Mei lepas selain itu,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Dr Hilmi juga memberitahu ujian saringan terhadap pelarian Rohingya merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Masjid Mukim Laloh pada Jumaat.

Tiada ulasan: