KUALA LUMPUR - Pas hari ini menyatakan bersedia untuk bergerak
sendiri sekiranya tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana
parti tersebut telah mempunyai pengalaman sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun beliau
yakin bahawa Pas tidak akan bersendirian kerana dasar Parti itu kini
adalah bersama masyarakat berbilang kaum.
"Semua kita (Pas) pernah, kita pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan,
pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama mungkin tidak akan
berulang.
"Konsep kita adalah bersama masyarakat majmuk, tidak boleh
bersendirian," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari
ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Penasihat DAP,
Lim Kit Siang mengenai perpecahan PR yang bakal berlaku dua minggu lagi,
Hadi menjelaskan terlalu awal untuk mengetahui perkara tersebut.
Hadi turut menempelak kenyataan Kit Siang kononnya hati beliau kini berpihak kepada Umno.
"Saya tidak boleh sebut perkara akan datang, itu saya tidak tahu, dia
tidak tahu hati saya, malah saya juga tidak tahu hatinya, mana kita
boleh hati orang.
"Sekarang saya masih bersama Pakatan dan saya masih duduk di tempat yang sama, kita tunggu dan lihat," ujarnya.
Ahad lalu, Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan
pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, tidak akan
wujud lagi dalam tempoh dua minggu yang sekali gus menggambarkan pakatan
tersebut kini di ambang perpecahan.
Pertelagahan antara DAP dan PAS bermula pada era perebutan kuasa Menteri
Besar antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail apabila PAS secara terang-terangan tidak menyokong
pelantikan Wan Azizah.
Seterusnya PAS terus ditentang DAP apabila usul untuk mengemukakan rang
undang-undang persendirian hudud untuk dilaksanakan di Kelantan juga
tidak mendapat persetujuan parti Chauvenis itu.
Dan episod perang mulut antara kedua-dua parti itu terus berkumandang di
halaman media massa mendedahkan sikap sebenar pemimpin tertinggi
Pakatan.
Secara jelas, hudud meretakkan hubungan PAS dalam PR apabila PKR sendiri
sehingga kini tidak menyatakan pendirian sebenar berhubung pembentangan
hudud yang dirancang PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan