Jumaat, 15 Mei 2015

PP: Mana dana RM3 bilion masyarakat India?

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan sama ada peruntukan hampir RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negeri itu benar-benar memberi manfaat.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apa yang berlaku kepada peruntukkan untuk masyarakat itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Katanya, Najib yang juga menteri kewangan, memperuntukkan RM2.8 bilion antara 2012 hingga 2014 serta RM260 juta pada 2015 untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Katanya perkara itu mendapat liputan meluas dalam harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban yang dikatakan memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwin Serigar Abdullah yang mendedahkan angka daripada kementerian.

“Kami terkejut kami tidak tahu apa-apa berhubung perkara ini,” Ramasay yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.

Bercakap dalam sidang media di bangunan dewan negeri hari ini, beliau berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan belia India, keusahawanan golongan perempuan, sekolah Tamil dan tabung pendidikan.

“Tetapi di mana yang itu?” soalnya lagi.




Tiada ulasan: