OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Bekas menteri penerangan Tan
Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.
Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu
menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra
mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan
berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".
"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan
bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan
sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan
perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan
kira-kira 300 hadirin.
Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi
Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang
Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin.
"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi
kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi
akan datang.
"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012,
tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan
(RoS).
Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke Mahkamah Tinggi bagi
mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti
berbilang kaum itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan