Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata akhirnya rakyat, termasuk di pendalaman, memahami isu 1MDB, ekoran tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah dari 1MDB.
Katanya, meskipun isu 1MDB sudah lama digendangkan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya, sehinggalah semalam.
Bagaimanapun, tegasnya, seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB, terus mendiamkan diri.
"Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda Umno cuba menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim menyuarakan kebimbangannya, sekiranya selepas TH, ada lagi tabung lain yang terbabit.
Tidak mustahil, dakwanya, kewangan negara dan ringgit Malaysia akan menjadi tenat jika 1MDB tidak mampu membayar hutangnya.
"Dulu rakyat tidak memahami mahupun mempercayainya, tapi kerana tindakan kontroversi TH, mereka kini dapat melihat sendiri betapa teruknya masalah 1MDB ini pada negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan