Sabtu, 9 Mei 2015

Kamalanathan: Kita ambil yang terbaik, Tuanku

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima cadangan sultan Johor untuk mencontohi Singapura yang menggunakan sistem pendidikan asas satu aliran dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Katanya kerajaan sentiasa mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di pelbagai peringkat pendidikan di negara ini.

Kamalanathan berkata pihaknya menghargai titah Sultan Ibrahim Ismail berhubung perkara itu dan akan terus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.

“Ia proses yang berterusan,” kata Kamalanathan selepas sebuah acara bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi Nepal di sebuah kolej di Subang Jaya hari ini.

Kamalanathan menegaskan bahawa pemantapan dwibahasa Inggeris dan Melayu disepadukan dalam sistem pendidikan Malaysia dan disebut secara khusus dalam rangka dasar pendidikan Malaysia.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas sama ada bahasa Inggeris akan dijadikan pengantar di sekolah.

“Kita sentiasa mengambil amalan terbaik di seluruh dunia untuk pendidikan Malaysia ,” katanya.

Tak faham BM, kata FB pro-Umno

Sultan Johor semalam menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.

"Satu perkara menarik yang boleh kita contohi daripada Singapura adalah perpaduan rakyat yang telah dibentuk daripada sistem pendidikan asas satu aliran dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,” katanya.

Sementara itu laman Facebook pro-Umno Muafakat Umno Johor berkata laporan Malaysiakini berhubung titah sultan tidak seperti dimaksudkan.

"Bila Malaysiakini tak faham bahasa Melayu," tulis laman sosial itu.

 

Tiada ulasan: