MALAYSIAKINI
Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar oleh seorang ahli parlimen
pembangkang untuk membincangkan mengenai pembelian sebidang tanah di Tun
Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji, dengan menyatakan isu
itu telahpun diselesaikan.
Kerajaan
dan Tabung Haji telah mengambil tindakan untuk menjual tanah tersebut,
maka tiada perkara lain lagi yang perlu dibincangkan dalam Dewan itu,
kata Yang DiPertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Tindakan kerajaan dan Tabung Haji untuk menjual tanah itu. Jadi isu apa lagi yang timbul untuk dibahaskan?" soal Pandikar.
Beliau menolak usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
untuk membincangkan perjanjian Tabung Haji itu dalam kamarnya. Ekoran
itu, Mahfuz menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat.
"Saya cukup kecewa. Isu besar yang memerlukan parlimen untuk tampil bagi
menjaga Tabung Haji," kata Mahfuz yang juga ketua penerangan PAS.
"Saya tidak kata bahawa perkara ini bukan satu isu yang penting," kata Pandikar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan