MALAYSIAKINI
Mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak perlu berdebat dengan
Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan perdana menteri telahpun
menjawab pelbagai isu dibangktikannya termasuk 1Malaysia Development
(1MDB), semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata memandangkan Najib
telah menjawab bahawa isu firma pelaburan negara 1MDB akan disiasat,
maka Dr Mahathir perlu menunggu keputusan siasatan oleh Jabatan Audit
Negara.
“Tak
payahlah nak berdebat, Yang Amat Berhormat (perdana menteri) telah pun
memberi jawapan dalam isu 1MDB. Kita sedang menunggu siasatan dan audit
Jabatan Audit negara.
"Jadi kita tunggu lah hasil siasatan tersebut,” katanya dalam sidang
media selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman
antara Kementeriannya dan Berjaya Corporation Berhad di Putrajaya.
Pada Sabtu lalu, Mahathir menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan Najib bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negarawan itu sebelum ini.
Ini termasuk isu jambatan bengkok, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan