Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin
itu telah memalukannya dan dan kenyataan yang dibuat Yang Dipertua Dewan
Rakyat itu seolah-olah beliau telah bercakap bohong.
PUTRAJAYA : Kenyataan berbeza yang dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menanggung malu.
Ia diluahkan bekas Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan berbeza yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.
Beliau berkata, ketika berjumpa dengannya, Pandikar Amin menyatakan hasrat akan meletak jawatan kerana tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bahkan dia (Pandikar Amin) kata dia tidak menjadi Speaker dah. Itu dia cerita kepada saya. Dia cerita juga perasaaan tidak puas hati layanan Parlimen kepada dia sebagai Speaker.
“Lepas tu dia tanya kepada saya apa yang boleh dia lakukan..saya kata kalau awak nak resign, resignlah. Dia kata dia dah bagi surat nak letak jawatan,” katanya selepas melancarkan buku Dr Mahathir’s Selected Letters To World Leaders Volume Two, pada Isnin.
Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukan dan kenyataan yang dibuatnya seolah-olah beliau berbohong.
“Saya cuma ulang apa dia kata tapi dia kata macam saya ni bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya,” katanya.
Dr Mahathir dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu lalu, mendakwa Pandikar Amin telah berjumpa dengannya dan memaklumkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Beberapa jam selepas itu, Pandikar Amin menafikan kenyataan Dr Mahathir tetapi mengaku mereka berdua berjumpa bagi membincangkan isu politik semasa.
Dr Mahathir hanya menjawab ringkas apabila ditanya adakah beliau akan berjumpa dengan Pandikar Amin untuk menyelesaikan perkara itu.
“Itu tak tahulah,” jawabnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan