MALAYSIAKINI
Seorang pemimpin PKR Sarawak menjangkakan operasi antirasuah
besar-besaran antirasuah Ops Gergaji di negeri itu mungkin mengulangi
apa yang berlaku ketika era bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi.
Abdullah atau Pak Lah yang dikenali sebagai “Mr Clean” ketika itu
berikrar untuk memerangi rasuah selepas mengambil alih jawatan perdana
menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003.
Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Aji Kedit, perkara itu tidak diselesaikan seperti dimahukan rakyat.
"Beberapa orang pernah disiasat kerana rasuah sebelum pilihan raya umum
ke-11 oleh Pak Lah dan ini perkara yang bagus di negara ini, Malaysia
akhirnya menuju ke arah yang betul.
"Selepas kemenangan besar beliau, siasatan mendapati tiada kesalahan dan
pihak yang disiasat dilepaskan, saya tak tahu kenapa tetapi merasakan
ada dejavu dengan kes sekarang di Sarawak.
"Adakah ini satu 'hiasan' oleh BN untuk mengalihkan perhatian dari isu
sebenar yang melanda rakyat dan mewujudkan satu situasi baru?" kata
Vernon kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan