MALAYSIAKINI
Keputusan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang untuk mencabar Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dalam pemilihan bulan depan membuktikan jawatan
presiden PAS tidak kebal.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persaingan itu
selaras dengan konsep demokrasi yang diamalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian.
“Itu hak dia (Ahmad) untuk bertanding. Dalam PAS, sesiapa yang cukup syarat untuk bertanding kita tidak boleh nak sekat.
“Jika bertanding pastilah tujuannya untuk menang. Tetapi jika bertanding
kerana ada tujuan sampingan lain atau merosakkan persepsi umum atau
parti, maka itu bukan asas (untuk bertanding),” beliau dilaporkan
sebagai berkata.
Semalam, Ahmad Awang yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS
mengesahkan akan mencabar Hadi atas alasan untuk memperkukuhkan parti.
Ini merupakan kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin PAS dicabar dalam masa 13 tahun pentadbirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan