MALAYSIAKINI
Dua bapa murid maut manakala seorang murid berada dalam keadaan kritikal
akibat dipanah petir ketika mereka berteduh di perhentian bas di Parit
Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari semalam.
Yang meninggal dikenali sebagai Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan
Norazwan Juwari, 41, yang ketika itu sedang menunggu anak-anak
masing-masing keluar dari sekolah.
Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya dilapor krtikal dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata
kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah
Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.
Beliau berkata kedua-dua bapa murid itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur.
Sementara Siti Nur Aina dilapor cedera pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan pada paru-paru.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan