MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membuat panggilan telefon kepada bekas komando polis Sirul Azhar Umar bulan ini.
Portal berita Sydney Morning Herald melaporkan, langkah diambil Dr Mahathir itu mungkin dapat merungkai kemelut semasa.
"Untuk seseorang yang diletakkan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di
Sydney, matlamat akhirnya adalah jelas, iaitu mendapatkan suaka politik
di Australia. Untuk Malaysia dan kemelut politiknya, hampir
segala-galanya mungkin," lapor portal itu.
Dalam berita bertajuk "Sirul Azhar Umar: Siapa arahkan pembunuhan kejam
Atlantuyaa Shaariibuu?" wartawan Eryk Bagshaw mempersoalkan motif
kematian wanita Mongolia itu melalui laporan panjang serta diiringi klip
video lebih dua minit.
"Cerita bermula pada jam 4 petang pada 19 Oktober 2006 apabila Sirul
bertemu rakan setugasnya Azilah Hadri di tengah Kuala Lumpur. Di kawasan
pasar yang basah, Azilah memberitahu mereka diarahkan menghapuskan
seorang penterjemah Mongolia glamor yang dekat dengan elit politik
Malaysia," lapor media berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan