Ibu dan bapa Mohd Faris tiada di rumah dipercayai keluar menziarahi ahli keluarga yang sakit sejak dua hari lalu.
GURUN - Jiran individu yang disyaki menyertai kumpulan militan IS, Mohd
Faris Anuar, 20, di Kampung Jelatang, Gurun di sini, tidak percaya
lelaki itu terlibat dengan kegiatan terbabit.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia tidak mengetahui langsung tentang tindakan anak ketiga daripada enam beradik itu menyertai IS dan terkejut apabila rumah keluarga itu kini menjadi tumpuan orang tidak dikenali termasuk media setiap hari.
“Saya tahu serba sedikit bahawa dia merupakan seorang anak yang baik apabila dilihat rajin sembahyang dan tidak suka menghabiskan masa dengan tidak berfaedah.
“Ia jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan remaja itu menyertai kumpulan militan sedangkan secara umum mengetahui dia seorang yang tidak gemar melepak, hanya menghabiskan masa di rumah siang dan malam,” kata lelaki berusia 40-an itu kepada Sinar Harian.
Menjelaskan perwatakan Mohd Faris, katanya, remaja itu seorang yang taat kepada ibu bapa, pendiam dan dilihat sering mengikuti bapanya ke masjid.
"Kali terakhir saya melihat Mohd Faris ialah pada tahun lalu dan selepas itu tidak lagi melihat kelibatnya kerana mengetahui dia memberitahu keluarga berada di Pulau Pinang untuk bekerja di sana," katanya.
Menurut lelaki itu, Mohd Faris seperti anak kampung biasa sering berpakaian kemeja-T dan seluar jean apabila keluar rumah dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti cenderung kepada militan.
Katanya, ahli keluarga Mohd Faris juga sudah dua hari tiada di rumah kerana dipercayai menziarahi saudara yang sakit.
Sementara itu, penduduk Kampung Jelatang, Gurun, Kedah yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 50-an berkata, ahli keluarga Mohd Faris jarang bersembang apatah lagi menghabiskan masa dengan orang tidak dikenali.
“Sebagai penduduk di sini, saya tahu mereka tinggal di sini tetapi tidak rapat macam orang lain. Mereka jarang bersembang dan kurang dikenali,” katanya.
Seorang lagi penduduk, yang hanya mahu dikenali Azman, 49, berkata, walaupun hanya kira-kira 40 rumah dalam kampung itu, namun tidak semua penduduk mengenali antara satu sama lain.
Menurutnya, dia tidak tahu mengenai pembabitan anak muda kampung terbabit dalam kumpulan militan IS sehinggalah didedahkan melalui media baru-baru ini.
“Kita memang tidak mengenali secara langsung dengan keluarga terbabit terutama individu yang dikaitkan kerana mereka tidak rapat dengan penduduk kampung.
“Berita tentang penglibatan rakyat Malaysia menyertai IS juga hanya diketahui melalui suratkhabar dan televisyen bahawa ada remaja berasal dari Kampung Jelatang, Gurun, berada di sana,” katanya.
Sebelum ini, negara digemparkan dengan kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang menyatakan Mohd Faris antara individu dikenal pasti terlibat dalam video berdurasi 30 saat berhubung kekejaman IS.
Video terbabit memaparkan tentang penyembelihan rakyat Syria yang dipercayai dirakam rakyat negara ini.
Turut dikenal pasti berada dalam video berkenaan, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 25, berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

No comments:
Post a Comment