SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat
1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan audit ke atas
syarikat itu siap.
Ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, mereka
perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) sebelum mengambil langkah seterusnya.
"Pihak audit akan masuk (siasat), kemudian bentang kepada PAC, dan jika
terdapat kes, baru pihak berkuasa akan siasat," kata Kassim ringkas
kepada wartawan semasa ditemui selepas majlis Ikrar Integriti di
Puspakom, Shah Alam pagi ini.
Beliau sebelum itu beberapa kali mengelak daripada memberi komen tentang soalan wartawan berhubung 1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan siasatan audit dibuat ke atas 1MDB.
Perkara itu disokong timbalannya, tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa dan awam tidak akan digunakan untuk menyelamatkan (bail out) syarikat itu.
Beliau juga meminta jabatan audit menyegerakan siasatan itu demi
mengembalikan kepercayaan pelabur kepada prospek pelaburan di negara
ini.
No comments:
Post a Comment