Johari Abdul
PETALING JAYA - Sidang Parlimen kali ini akan lebih 'kecoh' tanpa kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Johari Abdul.
Menurut Ketua Whip Ahli Parlimen PKR itu, lebih banyak perkara akan
dibangkitkan pembangkang sekiranya Anwar benar-benar dihalang hadir ke
persidangan Dewan Rakyat bermula pada 9 Mac ini.
"Ya, semestinya kalau dia (Anwar) tidak dapat hadir, pihak lawan akan wujudkan lebih banyak konflik.
"Sidang Parlimen akan lebih rancak dari sebelum ini, itu saya boleh
jamin.. Tapi kita sudah bersedia untuk segala kemungkinan," katanya pada
sidang media, hari ini.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam satu surat yang
dihantar kepada Peguam Anwar, N Surendran memutuskan untuk tidak
membenarkan Anwar hadir ke Parlimen.
Bagaimanapun keputusan tersebut didapati bercanggah dengan Fasal 48 (4)
(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Anwar masih kekal sebagai
ahli parlimen selagi petisyen pengampunan yang dibawa oleh keluarganya
belum diputuskan.
Ia juga memberi kejutan kepada PKR yang sebelum ini menjamin kehadiran
Anwar selaku Ketua Pembangkang ke persidangan tersebut yang bermula pada
9 Mac hingga 9 April akan datang.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, pihaknya tidak
akan mudah melatah biarpun terpaksa berdepan dengan pihak lawan tanpa
Anwar di Parlimen nanti.
"Kita semua akan lebih kuat dari sebelum ini. Kita buktikan bahawa kita
boleh bertahan. Kalau sebelum ini, kita guna diesel, kali ini kita guna
petrol!" katanya lagi.
No comments:
Post a Comment