Thursday, March 5, 2015

Saya setuju cakap Mahathir – Sabaruddin Chik


Sabbaruddin jarang melihat kata-kata yang dilemparkan oleh 'bos'nya, Mahathir salah malah kritikan bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang sangat wajar.


sabaruddin


PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik mengakui pendapat dan cadangan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali benar khususnya apabila ia merujuk kepada Perdana Menteri semasa, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sepanjang 17 tahun terlibat dalam arena politik negara, Sabbaruddin jarang melihat kata-kata yang dilemparkan oleh ‘bos’nya, Mahathir salah malah kritikan bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang sangat wajar.

“Saya rasa elok juga jika Najib dengar apa yang Mahathir cakap,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran buku ‘Membongkar Skandal Deepak dan Bank Rakyat- Dari isi hati Sabbaruddin Chik nukilan blogger dan penulis, Shahbudin Husin di sini semalam.

Sabbaruddin merujuk kepada kenyataan Mahathir sebelum ini yang pernah menyatakan sekiranya beliau memegang jawatan Perdana Menteri sekarang, beliau tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatannya ekoran gesaan mereka yang berpendapat perdana menteri sekarang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Kata-kata itu dipetik ketika forum “The Malaysian Dilemma” pada 12 Februari lalu.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan kenyataan Mahathir yang mencadangkan Najib melangkah keluar, Sabaruddin bagaimanapun enggan memberi apa-apa jawapan konkrit.

“Siapalah saya untuk bersetuju atau tidak? Menyambung jawayan Pengerusi di Bank Rakyat pun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek buang saya,” katanya yang merujuk kepada tindakan Hasan yang tidak menyambung kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Malah Sabbaruddin berkata sewaktu berpeluang bertemu dengan Najib pun, beliau tidak pernah menegur pentadbiran perdana menteri itu.

No comments: