MALAYSIAKINI
Lebih 90,000 orang sudah menandatangani petisyen atas talian terhadap
Barrack Obama supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan
peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen dimulakan oleh bekas duta AS John Malott itu kini hanya
memerlukan tidak sampai 10,000 lagi sokongan untuk mencapai sasaran
100,000 tandatangan dalam tempoh dua hari lagi.
Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati
dengan kes Liwat II itu layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan
kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.
Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.
Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya
kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas
“tuduhan yang direka-reka”.
No comments:
Post a Comment