BACHOK - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April depan adalah harus.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober tahun lalu.
Katanya, keputusan hukum pelaksanaan cukai berkenaan dikeluarkan bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat
No comments:
Post a Comment