MALAYSIAKINI
Timbalan perdana menteri digesa menasihati kabinet agar mengeluarkan
arahan kepada semua syarikat besar berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak
membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga siasatan selesai.
Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu kepada Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru
syarikat pelaburan nasional itu.
"Rakyat mengharapkan timbalan perdana menteri jangan sekadar berhenti setakat mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.
"Amaran dan saranannya perlu disusuli dengan tindakan untuk tidak mengecewakan rakyat yang mulai bimbang," katanya.
Selain saranan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung
Haji, Petronas dan Khazanah agar tidak melabur di dalam 1MDB atau
membeli aset 1MDB, Tuan Ibrahim juga menggesa:
1. Muhyiddin mendapatkan sokongan kabinet bagi membolehkannya
menggantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menteri kewangan buat
sementara waktu bagi memastikan tiada dana awam digunakan untuk
menyelamatkan 1MDB.
2. Muhyiddin menasihatkan perdana menteri agar tidak memberi sebarang
arahan kepada 1MDB, selaku pengerusi lembagai penasihat 1MDB, sehingga
siasatan selesai.
3. timbalan perdana menteri mencadangkan kepada kabinet agar mengarahkan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) dan polis untuk memulakan
tugas menyiasat segera tanpa perlu menunggu hasil siasatan ketua audit
negara.
4. menteri pendidikan mencadangkan agar kabinet mendedahkan perjanjian
penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia kepada 1MDB
No comments:
Post a Comment