KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik
arahan Kabinet untuk Jabatan Audit Negara mengaudit syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau gembira dengan perkembangan terbaru itu dan berharap jabatan itu dapat melakukan audit dengan segera terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Pengauditan terhadap 1MDB akan memudahkan tugas PAC ketika menjalankan prosiding terhadap syarikat itu apabila ia dipanggil berhadapan dengan jawatankuasa itu nanti, katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
"Saya berharap tiada campur tangan daripada mana-mana pihak untuk Jabatan Audit Negara melaksanakan audit terhadap 1MDB dan biar jabatan berkenaan menentukan skop pengauditannya namun ia harus termasuk lima perkara yang PAC mahu jabatan berkenaan tumpukan," katanya.
Katanya, lima perkara itu adalah sumber dana kewangan berjumlah RM2 bilion yang diperoleh 1MDB dalam menjelaskan pinjamannya terhadap beberapa bank tempatan, suntikan dana kewangan baru daripada Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM3 bilion dan perjanjian pelaburan 1MDB dalam syarikat Petrosaudi.
Seterusnya, wang hasil pelaburan 1MDB di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia dan perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.
"Saya sudah menghantar surat kepada Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) Jumaat lalu, dan kebenaran Kabinet pada hari ini (semalam), adalah tepat pada masanya.
"PAC kini mempunyai asas berdasarkan siasatan audit yang dilaksanakan jabatan itu sebuah badan benar-benar berkecuali serta tidak berkepentingan terhadap 1MDB dan ia membolehkan Laporan PAC berkenaan syarikat 1MDB lebih lengkap, telus dan berkredibiliti sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment