THE MALAYSIAN INSIDER
Ketua
penerangan Pemuda Umno Labuan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
membabitkan sebuah trailer minggu lepas, meninggal dunia di hospital di
Labuan pada jam 7.30 malam semalam.
Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa sedang menunggang
motosikal Honda Ex5 untuk ke kawasan Rancha-Rancha dari Pulau Enoe, bila
kejadian itu berlaku di Sungai Keling, Labuan pada kira-kira 2 petang
28 Februari.
“Dia gagal mengawal motosikalnya bila terserempak dengan sebuah treler panjang yang menghalang trafik, lalu melanggarnya.
"Dia tersepit di bawah trak berkenaan dengan kepalanya cedera parah," kata Adzhar dalam satu kenyataan.
Mangsa berusia 32 tahun, dikenali sebagai Khairil Anuar Syawal dari Simpang Banting 0205, Kampung Tanjung Aru.
“Kami membuka kertas siasatan terhadap kejadian itu," katanya.
Adzhar berkata kemalangan seumpama itu sering diperkatakan oleh orang ramai.
Ini mendorong polis untuk melancarkan operasi besar-besaran tidak lama
lagi bagi menjejaki pemandu lori yang tidak bersopan terutama yang
mengendali trak panjang, katanya.
"Bukan dengan tujuan menghukum, tetapi untuk mendidik... pengguna jalan raya lain tidak menjadi mangsa pemandu tidak bersopan."
“Saya pernah dihalang oleh trailer panjang semasa memandu di kawasan
Patau-Patau. Ini membahayakan pemandu lain," katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment