Sunday, March 8, 2015

Jho Low dakwa PM lulus pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi, lapor Sarawak Report

THE MALAYSIAN INSIDER


Laporan yang disiarkan oleh Sarawak Report berkenaan dakwaan ahli perniagaan Low Taek cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kelulusan pinjaman 1MDB keada PetroSaudi. – Gambar sarawakreport.org, 8 Mac, 2015. Laporan yang disiarkan oleh Sarawak Report berkenaan dakwaan ahli perniagaan Low Taek cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kelulusan pinjaman 1MDB keada PetroSaudi. – Gambar sarawakreport.org.



Dalam usaha mempercepatkan pinjaman AS$ 500 juta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada PetroSaudi International (PetroSaudi) pada 2010, ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan pinjaman, menurut maklumat Sarawak Report hari ini.

Jho Low didakwa memberitahu PetroSaudi kelulusan BNM untuk pinjaman tidak diperlukan kerana ia akan menyebabkan "kelewatan",kata Sarawak Report, memetik email antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjanjian itu.

Dalam perbualan dikatakan antara Low dengan Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony melalui BlackBerry Messenger pada 2010. Ahli perniagaan itu berkata "Kementerian Kewangan meluluskan (pinjaman). Bukan BNM kerana kita tidak fikir BNM diperlukan."

Low juga mendakwa "PM yang juga FM (menteri kewangan)" menandatangani pinjaman itu sendiri, walaupun Mahony mengulang permintaan bagi penjelasan rasmi tentang mengapa kelulusan BNM tidak diperlukan. "Dakwaan ini muncul bagi mengesahkan perdana menteri terlibat sepenuhnya dalam rundingan ini dan secara peribadi menandatangani pinjaman oleh 1MDB untuk PetroSaudi, tanpa diluluskan oleh Bank Negara," tulis Sarawak Report.

"Ia juga mengesahkan Jho Low bertindak sebagai wakil di antara perdana menteri /menteri kewangan mengenai perkara tersebut dengan PetroSaudi."

Laman web itu menambah "pakar-pakar dikaitkan dengan Bank Negara" mengesahkan Low bersalah dan BNM sepatutnya diberitahu mengenai pinjaman itu.

Sarawak Report berkata Low juga memberitahu Mahony yang 1MDB akan bertanggungjawab sepenuh ke atas pinjaman, walaupun syarikat pelaburan strategik hampir tidak terlibat dalam perbincangan.

Mahony kemudian menghantar semua perbualan melalui e-mel kepada Pengarah PetroSaudi Tarek Obaid, sambil menambah tarikh sepadan dengan perjanjian pinjaman Murabaha  AS$500 juta antara 1MDB dan PetroSaudi pada 26 Julai 2010.

Sarawak Report berkata tidak jelas sama ada kelulusan BNM kemudiannya diperolehi tetapi ia menimbulkan persoalan ambil alih Najib dalam perjanjian itu.

"Ia menimbulkan persoalan mengapa menteri kewangan dan lembaga menandatangani tanpa menyemak perkara itu dengan Bank Negara, memandangkan ia diperlukan?

"Keseluruhan pertukaran sekali lagi memusnahkan segala cadangan yang Jho Low hanya terlibat berperanan sebagai perunding apabila ia melibatkan rundingan antara PetroSaudi dan 1MDB," tulis Sarawak Report.

Ia berkata minat Low faedah urusan itu didedahkan selepas dokumen mendedahkan sebanyak AS$ 160 juta pinjaman dihantar ke akaun syarikat Good Star, yang didakwa dikawal beliau.

Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi diketahui hujung minggu lalu selepas Sarawak Report mendakwa Low merancang usaha sama pada 2009 di antara kedua-dua syarikat untuk menyalurkan AS$700 juta daripada 1MDB.

Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju untuk bertindak sebagai "wakil"  bagi pihak Low dalam urus niaga seterusnya, dan firma itu tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri.

Usaha sama itu gagal hanya enam bulan kemudian, tetapi 1MDB terus menjalankan urus niaga dengan PetroSaudi, dan meminjamkan lagi AS$ 500 juta pada 2010, dan AS$300 juta pada Mei 2011, atas sebab-sebab yang tidak pernah didedahkan.

Pendedahan Sarawak Report mendorong ahli politik pembangkang, bekas pemimpin Umno dan badan-badan anti-rasuah menuntut siasatan menyeluruh ke atas 1MDB, dan memberi tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Najib pada Rabu mengarahkan Ketua Audit Negara menyemak akaun 1MDB selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat dan diberitahu tuduhan terhadapnya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi.

Dalam kenyataan yang sama, Najib berkata selepas taklimat oleh 1MDB dan juruauditnya Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan tiada salah laku dalam 1MDB serta keinginan agar syarikat terus dibenarkan melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

No comments: