KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) tidak menaja atau menyokong
mana-mana calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN tetap dengan keputusan tidak bertanding pada PRK tersebut kerana bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini dan perpaduan ummah.
"Mana-mana pihak yang mendakwa kita hendak menaja mana-mana calon untuk bertanding, itu adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemerkasaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan penyampaian watikah pelantikan pentadbir mukim dan penggerak
masyarakat Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Umno akan menaja calon bebas untuk bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.
"Apabila kita (BN) buat keputusan untuk tidak bertanding, kita ikhlas dan tetap dengan pendirian untuk tidak terlibat dalam pilihan raya kecil tersebut," katanya.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, yang juga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

No comments:
Post a Comment