SERDANG: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) terus dikecam Dewan
Ulama PAS apabila parti Islam itu apabila menggesa Majlis Syura Ulama
dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas
mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu.
Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, meskipun Majlis
Syura Ulama sudah mengeluarkan arahan menghalang ahlinya terlibat dengan
aktiviti PasMa namun NGO itu seperti tidak diendahkan.
"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.
"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas
menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka
mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi
Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di
Serdang, Selangor hari ini.
Memetik laporan The Malaysian Insider, beliau juga mengingatkan yang
sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan
presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan
serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang
disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.
Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS
menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka
mempunyai banyak asas.
"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang
terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau
Islam liberal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang
menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun
tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PasMa yang diketuai presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi
ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang
serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya
berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
PasMa yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan
tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak
disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.
No comments:
Post a Comment