Oleh ZULKIFLI YAHAYA BN berura-ura (dan disahkan dengan kenyataan Najib Razak 25 Feb) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Chempaka, ekoran pemergian Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika ia benar-benar berlaku maka ini bukanlah kali pertama BN tidak sertai pilihanraya kecil, sekalipun rekod pencapaian BN dalam mana-mana PRK sering memihak kepada mereka. BN pernah pulaukan PRK Penanti tahun 2009 yang diadakan ekoran peletakan jawatan ADUNnya yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Alasan yang diberikan kerana PRK itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya untuk menyelesai masalah dalaman PKR. Tidak wajar rakyat diheret sama dan PRK hanya menghabiskan wang rakyat. Itu hujah BN. KeADILan sekali lagi mengheret rakyat menyelesaikan masalah dalaman mereka apabila ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (kemudiannya bertukar tangan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail) sebagai calon. Berdasarkan prinsip yang dipegang pada PRK Penanti, BN sepatutnya tidak sertai PRK Kajang tetapi fatwa politik BN boleh berubah ikut selera mereka. Calon MCA yang mewakili BN kalah di tangan Presiden KeADILan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah. PRK Chempaka sangat mudah untuk dijangka. Di hampir kesemua negeri yang bermajoriti Melayu, peratus pengundi tegar sangat tinggi, tidak kira pengundi tegar itu BN atau PAS. Chempaka adalah kawasan pengundi tegar PAS yang diwakili Tok Guru sejak sekian lama. Satu kontena wang emas pun jika dilabur BN belum tentu dapat mengubah pengundi tegar PAS untuk mengundi BN. Kekalahan BN sudah dijangka sebelum ayam berkokok lagi. BN mempunyai pilihan, sertai pilihanraya sekadar untuk mengurangkan majoriti PAS. Perkara itu tidaklah mustahil untuk dilakukan kerana setiap kali PRK mereka turun dengan jentera kerajaan Pusat. Nampaknya ia tidak jadi pilihan bagi BN kali ini. Alasan yang diberikan di sebalik cadangan tidak sertai PRK yang diberikan oleh para pemimpin Umno ialah menghormati Almarhum Tok Guru. Alasan lain ialah mahu beri penumpuan untuk pulihkan mangsa banjir di Kelantan. Kedua alasan sangat lunak didengar. Tidak mengapalah, tak perlulah diulas alasan yang diberikan kerana dalam politik apa saja alasan boleh dicipta, sekalipun selepas keputusan dibuat. Cuma malangnya apabila BN tidak meletakkan calon dalam PRK adalah rakyat di kawasan tersebut. Mereka hilang tuah untuk dapat nikmat pembangunan. Gurauan kasar rakyat Malaysia yang sering didengar ialah “Tunggu wakil rakyat mati, barulah kerajaan BN nak bantu rakyat.” Senario itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Apabila tiada PRK maka tiadalah kementerian-kementerian yang turun dari Pusat untuk mengagihkan projek. Projek yang turun pula bukan bertaraf untuk sebuah kawasan DUN tapi biasanya peruntukan dari kementerian untuk sebuah negeri. Menteri akan turun dari rumah ke rumah. Biasanya setiap kali PRK, kerajaan Pusat akan menghabiskan puluhan juta ringgit. Siapa menang tidak penting tapi rakyat dapat nikmat yang besar dan luarbiasa sekali. Contohnya untuk PRK Anak Bukit 2002, rakyat dapat sebuah kompleks pentadbiran Persekutuan. Untuk PRK Pendang, rakyat dapat jalan susur keluar dari lebuhraya PLUS ke Pendang. Pilihanraya PRK Manek Urai, rakyat dapat sebuah jambatan yang bernilai jutaan ringgit. Semua tokoh politik, artis, selebriti, ahli sukan dan pendakwah akan turun berkampung. Duit ditabur macam daun getah kering. Setiap masalah rakyat dari sekecil perkara akan selesai sekelip mata. Dalam PRK Sungai Limau rakyat berpeluang membeli gula, beras, minyak dan macam-macam keperluan harian dengan harga RM1 sekilogram. Apabila ditanya pada menteri, jawapannya “Memang sudah lama dirancang, cuma kebetulan berlaku masa pilihanraya.” Betul, banyak perkara kebetulan yang muncul dalam PRK. Rakyat suka semua perkara kebetulan yang muncul itu. Jika BN tidak bertanding tentulah rakyat tidak dapat apa-apa. Apapun, PAS tidak harus leka dibuai kenyataan lunak mengapa BN enggan sertai PRK Chempaka. Umno tetap Umno. BN tetap BN. Perancangan atau strategi musuh politik, mesti cekap dihidu. Tidak harus lurus bendul atau sekurang-kurangnya ambil sikap berwaspada (hazar). Keutamaan BN sekarang ialah memecahkan Pakatan Rakyat. Pelbagai cara telah diteroka, sebahagiannya berjaya. Dengan BN tidak bertanding di Chempaka, mereka cuba mewujudkan suasana kondusif Umno-PAS. Sebaliknya dalam PRK Permatang Pauh, BN akan letak calon mencabar PKR. BN akan hadapi PKR dengan agresif. Ada pihak mengandaikan akan terdapat kalangan pemimpin PAS yang tidak bersungguh-sungguh membantu PKR di Permatang Pauh lantaran terhutang budi di Chempaka. Sukar untuk berlaku kemungkinan itu tetapi ia boleh dilihat sebagai satu percubaan Umno untuk merenggangkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Bagi PAS, sama ada BN tidak sertai PRK Chempaka atau sebaliknya; ia sama sahaja. Malahan sebahagian ahli yang sempurna tarbiyah sangat mengharap berlaku PRK kerana ia medan terbaik untuk menyumbang bakti kepada perjuangan Islam. Jika BN letak calon, maka ia boleh membakar semangat jihad PAS. |
Friday, February 27, 2015
Pilihan Raya Kecil :Rakyat rugi jika BN tak bertanding Chempaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com
Post a Comment