MALAYSIAKINI
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi
hari ini yang menolak permohonan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh
Ismail untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah.
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata keputusan itu
bagaimanapun tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk mencari
kebenaran.
"Kami sekeluarga menerima baik keputusan itu, walaupun kami sekeluarga
amat sedih sekali, kita tawakal kepada Allah'" katanya kepada pemberita
pada sidang media di kediamannya.
Shahrizat berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah untuk mengemukakan rayuan undang-undang bagi
tindakan selanjutnya.
Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd
(NFCorp), gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan
pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad
Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan
tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan
penuh.
- Bernama
No comments:
Post a Comment