MALAYSIAKINI
Ahli parlimen Lembah Pantai mempersoalkan tindakan pantas kerajaan dalam
menangani rungutan mengenai harga dandanan rambut di rumah yang dibuat
isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan pada masa sama masih belum bertindak
terhadap gesaan untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
ke atas buku dan ubat-ubatan.
Naib presiden PKR itu merujuk kenyataan timbalan menteri kewangan yang
berikrar untuk meneliti rungutan Rosmah mengenai kemungkinan harga
khidmat mendandan rambutnya, berharga RM1,200, akan melonjak dengan
pelaksanaan GST.
"Sikap Datuk Ahmad Maslan yang lebih mementingkan aduan daripada
isteri-isteri menteri melihatkan betapa kerajaan BN tidak meletakkan
kepentingan rakyat sebagai paling utama," kata Nurul dalam kenyataan
hari ini.
No comments:
Post a Comment