MALAYSIAKINI
Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna
terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga
ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya
melalui harga bahan api esok.
Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api
rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah
memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.
Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi
lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh
masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.
“Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga
minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari
ini.
Rafizi berkata, Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak
sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit
kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.
"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat
turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada
turun naik kadar matawang ringgit.
“Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat
Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau
sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.
1MDB
dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan
beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.
Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata
minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk
menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.
Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.
“Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak
bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit
berbanding AS.
"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi
setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan
berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1,” kata Rafizi
No comments:
Post a Comment