KUALA LUMPUR: Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip
ADUN DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah
kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina tersebar menjadi viral di media
sosial.
Memetik laporan akhbar The Star, gambar-gambar berkenaan, dipercayai
diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan
bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa
lelaki lain di sebuah meja.
Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu.
Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, ADUN terebut
mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.
Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti
perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut
melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil
mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media
sosial itu.
No comments:
Post a Comment