MALAYSIAKINI
ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan rancangan pembinaan sebuah gereja dalam kawasan yang diwakilinya.
Mengulas demonstrasi
berhubung isu tersebut hari ini, beliau berkata Islam tidak mengajar
pengikutnya untuk menghalang pembinaan rumah ibadah bukan Islam.
"Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.
Beliau yang juga exco pendidikan Selangor berkata lokasi pembinaaan
gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu telah dizonkan sebagai
kawasan pembinaan rumah ibadah bukan Islam.
"Kawasan itu memang dah dizonkan kawasan rumah ibadat selain Islam,"
katanya yang juga ketua AMK pusat yang mengulas protes penduduk
berhubung pembinaan gereja setinggi empat tingkat di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan