Lyn Nasir
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kerugian syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) berpunca daripada ketidaktelusan dan kronisme yang diamalkan kerajaan Umno BN.
Katanya, kerugian MAS sejak 1996 yang meningkat hampir RM9 bilion itu akhirnya ditanggung rakyat hari ini.
Malah, ditambah pula dengan kerugian besar melibatkan syarikat-syarikat lain seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembinaan KLIA 2 yang turut dilapor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengalami kerugian sehingga 98 peratus.
“4 tahun sebelum 1994 memang MAS untung besar, servis baik, dipercayai pelanggan sedunia, selepas diswastakan 2 tahun, untung lagi.
“Tapi lepas 1996, 5 tahun berturut turut rugi, semuanya rugi, hutang meningkat RM9 bilion, kerajaan kata tak ada masalah, semua okay.
Katanya, krisis syarikat penerbangan negara itu bermula pada 2002 apabila kerajaan membeli saham MAS bernilai RM1.8 bilion dengan harga RM8 seunit, sedangkan harga pasaran ketika itu RM3.60 seunit.
“Apa yang kerajaan kata ? ‘this is good value’. Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Umno kata good value RM8, sekarang nasi lemak yang saya dapat sama kualitinya dengan Air Asia, harganya RM12.50, tapi MAS RM60, macam mana nak untung?” soalnya lagi.
Tambahnya lagi, pemberian tender yang hanya mementingkan kroni masing-masing akhirnya menjejaskan rakyat seluruhnya.
“Ini semua adalah kerana kronisme, tidak ada tender terbuka kepada siapa yang ambil alih, kita bagi kepada Tan Sri Tajudin (Ramli), apa dia buat? Dia tubuhkan syarikat dengan abang dia, saudara dia di German.
“Berapa banyak lagi yang mereka nak gunakan wang rakyat untuk selamatkan syarikat yang hanya memikirkan kroni sahaja? Kalau ini terus terjadi, kita tak akan habis lihat skandal seperti ini dan ia tak akan jadi perkara pertama dan terakhir,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan