Isu Masalah Brain Drain di Malaysia.
Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di
Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion! Nampaknya masalah Brain Drain di
Malaysia masih lagi tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu.
TalentCorp yang ditugaskan bermula tahun
2011 untuk menarik balik kalangan tenaga mahir yang sedang berkelana di
luar negara masih lagi belum mampu membuktikan kesungguhan mereka untuk
membawa mereka pulang.
Jumlah yang pulang berbakti kepada
Malaysia, masih lagi kecil. Jadi apa punca sebenarnya masalah dan
isu Brain Drain di Malaysia ini? Apakah alasan dan faktor yang
menyebabkan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk meneruskan
kehidupan di negara lain? Adakah mereka mendapat kehidupan yang lebih
baik sepertimana yang diinginkan mereka?
Jikalau kalangan tenaga buruh dari
Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia berpusu-pusu sehingga sanggup
bertarung nyawa untuk sampai ke bumi Malaysia tidak kira melalui jalan
“halal” ataupun “jalan haram” atau
laluan tikus, lain pula yang berlaku seorang demi seorang tenaga mahir
di Malaysia mula angkat kaki untuk meninggalkan di Malaysia.
- Berdasarkan angka terakhir yang direkodkan seramai 1 juta rakyat Malaysia telah kerja di luar negara.
- Manakala lambakan warga asing yang bekerja di Malaysia telah menjangkau ke angka 2 juta orang.
Dan, baru-baru ini satu perbincangan
meja bulat dikalangan tokoh pemikir telah mendapat satu kata putus yang
boleh Berita Semasa agak menarik untuk dikongsikan bersama anda di sini
yang mana telah dianjurkan sendiri oleh Pusat Penyelidikan Masyarakat
Cina di Malaysia, Universiti Malaya.
Faktor Brain Drain di Malaysia. Mengapa Ramai Hidup & Kerja di Luara Negara?
KLIK SINI : Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) :
Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!
Pendapatan bersih yang lebih tinggi.
Sekali lagi…pendapatan bersih! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
tokoh akademik di Malaysia, 66% hidup dan kerja di luar negara kerana
mahu mendapatkan pendapatan dan gaji yang lebih setimpal dengan
kepakaran hasil kerja yang diberikan mereka berbanding bertugas di
Malaysia
Walaubagaimanapun timbul pula persoalan,
adakah dengan kenaikan gaji dan pendapat mereka terima apabila kerja di
luar negara sepadan dengan dengan kos sara hidup dan cukai pendapatan
di luar negara sana?
Berdasarkan kajian yang telah dibuat
oleh CEO dan Ketua Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa yang juga
merupakan bekas felo dalam Kewangan dan Laporan Kewangan Universiti
Cambridge mengatakan :
- Daripada 15 buah negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada merupakan negara yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk berhijrah
- Rakyat malaysia yang berkerja di luar negara dan mendapat hak kerakyatan tetap berpotensi tinggi mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan syarat, sekiranya mereka bekerja dalam kerjaya yang sama berbanding apabila kerja di Malaysia
- Contohnya, rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi akan mendapat purata gaji dan pendapatan RM140,971 di China berbanding di Malaysia, selepas dikirakan sekali termasuk cukai-cukai yang dikenakan ke tas mereka
- Doktor gigi di Malaysia yang telah mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM151,953 (berdasarkan bayaran gaji bulanan sebanyak RM18,000 sebulan)
- Doktor gigi dari Malaysia yang bekerja di China doktor gigi ini boleh menikmati gaji dan pendapatan tahunan sejumlah boleh menjana pendapatan sebanyak RM292,924 setahun
- Doktor gigi dari Malaysia yang berkerja di Singapura akan menerima sekurang-kurangnya, tambahan RM107,204,18 berbanding di Malaysia.
Oleh itu secara keseluruhannya,
mereka-mereka yang kerja di luar negara dianggarkan menikmati pendapatan
tambahan sebanyak US$5.89 billion (RM19.71 billion) setahun.
Jadi, apa kunci utamanya? Tawaran kenaikan gaji dan pendapatan serta insentif yang kuat untuk mereka berhijrah dan kerja di luar negara.
- Tenaga berkemahiran tinggi lari ke luar negara mengirimkan wang kepada keluarga di Malaysia, adalah satu yang positif kepada ekonomi tempatan
- Jutaan warga asing (majoriti berkemahiran rendah) berpusu-pusu masuk dan kerja di Malaysia, mengirimkan wang kepada keluarga mereka di luar sana adalah snagat tidak baik kepada ekonomi Malaysia
- Hakikatnya hari ini untuk Malaysia, aliran keluar jauh melebihi aliran masuk
Pada tahun 2012, 95% daripada 2 juta
pekerja asing adalah berkemahiran rendah. Berdasarkan semakan Berita
Semasa kepada laporan Bank Dunia menganggarkan pada tahun 2012 sahaja,
rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara mengirimkan US$1.27 billion
(RM4.25billion) tetapi untuk pekerja asing di Negara kita telah
mengirimkan US$7.25 billion (RM24.26 billion) kepada negara mereka. Dari
segi pengiriman wang, Malaysia mengalami aliran keluar yang bersih
iaitu US$5.89 billion ( RM20.1 billion)
- Malaysia hari ini bukan sahaja kehilangan rakyat yang berkemahiran tinggi
- Tetapi Malaysia juga telah menggantikan pekerja asing yang berkemahiran rendah untuk berkhidmat di atas bumi Malaysia kita yang hanya menyumbang sedikit dalam ekonomi Negara
BACA SINI : Ex CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican Kini di Singapura
P/S : Kita telah campak jauh Tan Sri
Hassan Marican bekas CEO Petronas tetapi Singapura telah kutip figura
korporat ini utnuk diangkat menjadi pengarah di syarikat- syarikat
berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd,
SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan