Jumaat, 28 November 2014

PERKASA kritik Pemuda UMNO

 
Naib Ketua Pemuda UMNO sebenarnya tidak sedar bahawa kenyataan yang dikeluarnya menimbulkan kemarahan banyak pihak NGO.

Perkasa-Umno


PETALING JAYA: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun yang menggesa Pemuda UMNO supaya jangan ‘Swastakan Perjuangan Melayu’ terus mendapat kritikan hebat pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin mempersoal tindakan Azwan apabila memperkecilkan keberkesanan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam yang berhaluan kanan seperti PERKASA dengan menuduh NGO tersebut sebagai ekstremis dan radikal.

Menurut beliau, sekiranya tuduhan tersebut dibuat pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng mungkin tidak menjadi masalah, lebih menghairankan, apabila seorang pemimpin muda Melayu Islam sanggup menggelar NGO Melayu (PERKASA) sebagai ekstremis dan radikal.

“Kita berjuang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air tercinta tanpa meminta bantuan dari Pemuda UMNO, tetapi inikah balasannya?’ katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Ideris berkata beliau mencabar Ketua Pemuda UMNO sendiri yang membuat kenyataan tersebut, kalau betul Khairy hendak memperjuangan Melayu cuba tunjuk apa yang telah mereka buat sehingga hari ini.

“Apa yang mereka tahu hanyalah menyalak didalam dewan setiap tahun, Pemuda UMNO jangan nak tunjuk hero kepada orang kampung sahaja, sehingga kini langsung tiada apa yang diperjuangkan mereka seperti isu kalimah Allah,” ujarnya.

Tambah beliau kenyataan tersebut juga diakui sendiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sebenarnya lesu.

” Jangan sesekali menyentuh hal perjuangan Melayu kalau tidak faham apa itu Melayu, beliau (Azwan Harun) juga lupa dirinya Melayu tetapI mungkin liberal yang bertopengkan Melayu,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata tindakan sebegitu sebenarnya akan menggugat serta menghancurkan Melayu, apatahlagi akan mengguris hati NGO Melayu.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Pemuda UMNO khasnya Naib Presidennya supaya tidak hanya menyalahkan orang Melayu dan juga NGO Melayu. Apa yang harus dilakukan adalah menyatukan orang Melayu agar tidak berlakunya perpecahan.

“Saya ingin menyatakan PERKASA amat serius dalam hal ini. Kami akan memastikan tidak ada individu yang boleh memporak-perandakan orang Melayu bagi mempertahankan agama bangsa dan tanah air seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tiada ulasan: