Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menggelar pembangkang sebagai 'ibu segala korupsi' berhubung kes
Menteri Luar Datuk Anifah Aman yang mendakwa ditawarkan RM100 juta
sebagai dorongan untuk menyertai pembangkang.
Najib yang juga presiden Umno menegaskan walaupun ia kes mahkamah,
beliau telah menyemak dengan peguam bahawa perkara itu tidak dianggap
subjudis apatah lagi Anifah juga telah disoal balas dan ia boleh diulas
dalam ucapannya itu.
"Mereka ini the 'mother of the all corruption'. Kita dituduh macam-macam
(oleh pembangkang)," katanya dalam ucapan penggulungannya di
Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
"Jangan ingat sangat kita yang teruk, pembangkang lagi teruk," katanya sambil menunjukkan muka depan akhbar Utusan Malaysia berhubung kes tersebut.
Beliau mengulas laporan kes Anifah Aman yang mendakwa pernah ditawarkan
wang itu sebagai dorongan untuk dirinya agar membawa masuk beberapa ahli
Parlimen dari Sabah menyertai pakatan pembangkang.
Anifah dilapor berkata tawaran itu dibuat oleh seorang tokoh korporat di
sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar tahun 2008.
Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut nama, tetapi ternyata merujuk
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya, meminta wakil rakyat
PKR meletakkan jawatan untuk membolehkan isterinya bertanding (dalam
pilihan raya kecil di Kajang) dan seterusnya menteri besar meletakkan
jawatan.
"Ini adalah nepotisme. The biggest form of nepotisme," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan