MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hasil tambahan yang
diperolehi daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
akan ditumpukan untuk pembangunan di luar bandar.
"Tambahan (keuntungan daripada) GST, saya tidak dapat ramalkan lagi, saya tidak tahu mungkin RM5 atau Rm10 bilion.
"Kalau ada rezeki, kalau peruntukan tambahan, saya ambil semangat,
hasrat dari perhimpunan ini, peruntukan dibelanjakan untuk kawasan luar
bandar mesti diutamakan," katanya.
Presiden Umno itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
Selain itu, hasil itu juga boleh digunakan untuk disalurkan dalam bidang
pendidikan dan menambah kemahiran pelajar lepasan SPM, membiayai
pembinaan rumah transit.
"Ini semua kita kena tambah, jika ada tambahan (keuntungan) GST.
"GST membela rakyat, siapa kata tidak menguntungkan. 160 negara
melaksanakan GST, takkan semua salah, termasuk negara Burkina Faso,"
katanya.
Menurutnya, GST dilaksanakan disebabkan ramai peniaga tidak mambayar
cukai dan adalah tidak adil kepada pekerja terhadap pekerja membayar
cukai pendapatan tahunan.
"Ini tidak adil. Mereka (peniaga) patut membayar cukai. Jangan mempolitikkan GST, kalau tak baik, saya tak buat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan