Khamis, 27 November 2014

Sebenarnya Najib Sudah Lama Dan Biasa Bangsatkan Melayu...

KELAB GREENBOC




Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

"Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.

"Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.

"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.

Puad berkata, amaran Najib dalam mengenengahkan kecundangan Umno sehingga menjadikan kaum Melayu sebagai bangsat perlu dijadikan faktor ketakutan Umno pada masa ini.

Katanya, peringatan Najib itu sudah sampai ke kemuncaknya apabila menggunakan analogi yang begitu mendalam bagi memotivasikan ahli Umno.

"Dia kata faktor ketakutan ini amat penting bagi Umno. Maksudnya, Umno perlu ada faktor ketakutan, iaitu jika Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan.

“Pada saya, presiden parti tadi seolah-olah sudah ke siling peringatannya. Maksudnya, dia dah puas cakap agaknya. Maka ayat yang digunakan tadi cukup keras. Saya tidak pernah dengar presiden parti berkata sedemikian,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu juga melihat seruan Najib agar pendaftaran ahli Umno dilakukan secara atas talian sebagai peringatan tiada sekatan dilakukan ke atas mana-mana ahli baru.

“Bila presiden parti mengumumkan penerimaan ahli secara atas talian serta merta akan dilaksanakan, saya rasa dia mengambil pendirian yang tegas.

"Jangan sama sekali menyekat golongan bijak pandai, profesional dari menyertai Umno kerana borang mereka kadang-kadang hilang," katanya.

“Perubahan ini seharusnya menjadi wajib, bukan kepada presiden parti saja tetapi pada yang lain terutama ketua bahagian.

"Mereka bertanggungjawab kerana kekuatan Umno berada di cawangan, cawangan dalam bahagian. Ketua bahagian mempunyai tanggungjawab melakukannya semua,” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Umno perlu melakukan transformasi agar perjuangan parti itu dapat diterima setiap lapisan masyarakat dan menimbulkan kesedaran ia juga berjuang untuk bangsa, agama dan raja.

“Masa depan parti kita bukan saja untuk ahli Umno, tetapi kita sedar dan insaf jika kita tak lakukan untuk parti, bangsa, agama dan raja akan jadi mangsa.

“Itu merupakan agenda yang perlu diperhebatkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan cabaran," katanya.

Hishammuddin berkata, dalam keadaan begini, penting bagi Umno mengorak langkah memikirkan kedudukan orang Melayu dalam segala segi.

"Orang tak boleh marah kerana ini perjuangan parti,” katanya.

Katanya, amanat Najib hari ini menjadi penyuntik semangat kepada perwakilan apabila kembali ke bahagian masing-masing dengan satu azam melihat masa depan parti. -TMI


Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang

Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”
jelasnya.

-petikan B.O.

ULASAN GB

Selepas bekas Ketua Hakim menyebut Melayu bakal menjadi Red Indian, semalam Presiden UMNO pula menegaskan Melayu jadi bangsat jika UMNO kecundang.

Kita ingin tegaskan bukan Melayu yang jadi red Indian, bukan melayu yang jadi bangsat tetapi adalah UMNO sendiri yang sebenarnya sudah pun menjadi Red Indian, yang sudah pun dibangsatkan oleh Najib sendiri.

Di dalam Islam, Rasulullah saw bersabda, "kullu kalam ad-dua" - setiap ucapan adalah doa!

Mereka sendiri sebenarnya yang berdoa mereka di "red indian" dan dibangsatkan dan mereka akan mendapatnya! Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Tiada ulasan: