Rabu, 26 November 2014

Minggu ini Minggu Ugut dan Jerit.

sakmongkol.blogspot



Kemana kita pergi sekitar KL sekarang, kita lihat banyak terpacak nya bendera UMNO. Orang sudah mulai bercakap ini bendera kumpulan gangster- yang melepaskan budak upahan menendang pelajar university yang merupakan anak2 orang; mak serta ayah serta kaum keluarga kalau masih terus sokong UMNO setelah anak2 diganyang berdosa kepada anak2 mereka; jauhkan diri dari UMNO. Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu.

Ini bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng buat lapuran polis lengkap dengan uniform para military; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain. Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulu nya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain2 nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya.

Kita tahu jenis budak2 UMNO ini- lagak di lobi hotel2 besar dan makan di restoren bawak girlfriend tapi mana sudu mana garfu pun tak tahu.

Suatu ketika dahulu saya ingat rakyat Indonesia yang tertekan perasaan dan boleh meletup bila2 masa- tapi setelah saya melawat Bandung dan menyaksikan karakter rakyat Indon yang walaupun susah tapi tidaklah bermata liar mencari mangsa untuk dikasari- saya tiba tiba sedar bahawa yang tertekan dan mudah meletup ialah gerombolan UMNO.

UMNO tidak sedar bahwa mereka hanya sebagian dari orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka.  Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.

Tapi pemimpin UMNO dan pegikut nya tidak tahu emosi apa yang dihidupkan dalam hati rakyat. Bendera nya bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit  berarak menentang Malayan Union dahulu.

Orang Melayu menentang Malayan Union dahulu kerana insaf bahawa mereka boleh hilang kuasa keatas masa depan mereka. Setelah mendapat kuasa, UMNO sendiri yang menyebabkan orang Melayu hilang kuasa keatas masa depan mereka. Walaupun ada kuasa, UMNO gagal menyediakan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan.

Cara yang UMNO sekarang tahu mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahan nya- tapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.

Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia. kali ini bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati oleh rakyat. Ianya sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau reign of terror- bayangan kepada sebuah parti dimana ahli nya ganas dan membuli rakyat.

Semua nya hasil kesedaran bahawa UMNO tahu, ia parti yang menuju kepada penghujung hayat- pengikut nya naik sasau dan mudah meletup. Mereka membayangkan ancaman dalam semua tentangan terhadap nya. UMNO sudah tahu bahawa dia tidak mampu mempertahkan keberadaan nya dengan dasar2 pemerintahan nya, idealisme nya dan kemurnian buah fikiran. Kincir angin itu mereka sangkakan naga2 yang mahu membaham mereka.

Ia hanya boleh mempertahankan keberadaan nya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang2 zalim, dan teriakan mengkasari orang lain. Sedangkan dewan persidangan mereka itu bukan nya memberikan sesiapa yang bercakap suatu kekebalan- namun pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan apa2 kepada teriakan hasutan dan teriakan ugutan. 

Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan oleh pengikut nya kerana UMNO tidak lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan yang gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar2 nya. 

Kita tahu minggu ini minggu apa- suatu pesta bertanding siapa boleh menjerit lebih kuat dan siapa lebih hebat menaikkan darah gerombolon yang berhimpun di PWTC. Malam nya, para pemuda dan ketua2 bahagian berkepit dengan puteri2 nya dan memenuhi semua kelab2 dangdut sekitar Sentul dan Chowkit.

Tiada ulasan: