Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia :
Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan.
Setuju?Sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita
berkenaan isu gelandangan di Kuala Lumpur, Malaysia (DI SINI) yang pernah “meletup” sebelum ini.
Terbaru, berdasarkan kenyataan
Presiden Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda terdapat tanda-tanda yang mana bilangan
dan jumlah gelandangan di Malaysia bakal bertambah pada masa akan
datang dan kumpulan tersebut bakal datang daripada kalangan 1.4 juta
kakitangan awam di Malaysia. Mengejutkan?
Nah…inilah kajian dan semakan yang
dilakukan sendiri oleh Cuepacs Malaysia mengenai masalah dan risiko yang
membelengu kakitangan awam di Malaysia yang bakal menghumban kalangan
kakitagan awam yang tidak mampu berhadapan dengan “keganasan harga rumah
yang dilihat tidak berperikemanusiaan”. Semuanya gara-gara lonjakan
kenaikan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi pada ketika
ini.
Punca Kakitangan Awam Bakal Menjadi Gelandangan di Malaysia?
Datuk Azih Muda mengariskan beberapa faktor yang menyebabkan akan ada kakitangan awam di masa akan datang
- Gaji di Malaysia melibatkan ramai kalangan penjawat awam pada masa sekarang ini sudah tidak mampu lagi membeli rumah yang sudah mencapai harga yang sangat tinggi
- Cuepacs semakin risau lebih-lebih akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Penang yang mana pemaju akan hanya lebih gemar untuk membina hartanah bernilai RM1 juta ke atas gara-gara kerajaan menaikkan paras harga hartanah yang dibenarkan warga asing kepada hanya RM1 juta ada ke atas sekaligus
Gelandangan? Ya…benar Berita Semasa pun
bersetuju harga rumah di Malaysia sekarang semakin mahal dan mahal dan
begitu banyak hartanah yang dijual pada harga yang tidak munasabah dan
usaha yang dilakukan oelh pihak kerajaan masih lagi belum cukup
menyakinkan. Tetapi untuk mengatakan kakitangan awam bakal memilih
menjadi gelandangan di Malaysia berdasarkan masalah di atas, bagi Berita
Semasa adalah kurang tepat.
P/S : Kepada pihak Cuepacs, jikalau kakitangan kerajaan pun boleh berpotensi menjadi gelandangan dek kerana harga rumah pada masa sekarang ini, bagaimana agaknya nasib pekerja swasta?
- Ya…mungkin tidak mampu beli rumah
- Jika tidak mampu beli rumah pada harga mahal, bukan boleh membeli yang berpatutan walaupun di ceruk bandar
- Tetapi bukankah masih boleh menyewa?
- Takkan sampai jadi gelandangan wahai Cuepacs?
- Samada menjadi gelandanagn atau tidak ia adalah pilihan sendiri bukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan